"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yg lain dibukakan.tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita."
*Ingin berkongsi kata-kata azimat dengan kami? Hantar segera ke mail2mcc [at] yahoo.com.my sekarang!
Assalamualaikum.. ahli MCC,
“Luangkan sedikit masa emasmu, kerana mereka memerlukanmu”
“Tanyalah pada diri kita pada hari ini, apakah kebaikan yang telah kita lakukan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara”
Jawatan yang dipegang bukanlah sesuatu yang dipinta kerana ia akan bertukar menjadi suatu bebanan berat yang perlu dijunjung, dipikul dan dibimbit agar misi terus meniti di atas landasan yang sebenar. Misi dan wawasan yang telah didokong oleh setiap ahli menjadi arah tuju MCC bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Amanah yang dipegang menjadi satu komitmen untuk dilaksanakan melalui pengorbanan masa, tenaga, minda dan kadangkala wang ringgit.
Ruangan kecil yang sebelum ini pernah dihiasi dengan kata kata hikmat dan pesanan yang bernas dari Allahyarham bekas Presiden kita kini telah lama kekosongan bagaikan sebuah bendang yang tandus. Ruangan ini perlu disuburkankan kembali agar terus menghijau sebagai tempat naungan burung-burung pipit. Sekarang menjadi tanggungjawab ayahngah selaku Presiden untuk memegang pena dan kertas, memeras minda bagi menghidupkan kembali ruangan ini walaupun memang menyedari tidak setangkas coretan dimasa masa lampau.
Ruangan ini akan Ayahngah penuhi dengan coretan yang bercorak inspirasi, motivasi dan santapan rohani yang diharapkan dapat dikongsi bersama dengan semua ahli MCC.
0 comments:
Post a Comment